Pasca Sesi Mengadap Agong, Anwar Dedah Situasi Terkini Kerajaan Muhyddin


SIDANG MEDIA KHAS DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM PASCA SESI MENGADAP DYMM SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG

[SIARAN LANGSUNG] SIDANG MEDIA KHAS DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM PASCA SESI MENGADAP DYMM SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG

Anwar Ibrahim berkata Yang di-Pertuan Agong akan panggil ketua-ketua parti untuk input dan sahkan dokumen sokongan terhadapnya

Dengan perkembangan semasa, Anwar juga berpandangan dan menegaskan sekali lagi bahawa kerajaan Muhyddin sudah pun jatuh

Anwar persembah ‘dokumen sahih’ sokongan 120 MP pada Agong

Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata dia telah mempersembahkan dokumen sahih membuktikan sokongan lebih 120 ahli parlimen buatnya kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah dalam pertemuan pagi tadi.

“Ia mencecah lebih dari 120 (ahli parlimen).

“Tapi oleh kerana Yang di-Pertuan Agong akan memanggil ketua-ketua parti, maka munasabah untuk kita bersabar, memberi ruang dan wewenang untuk YDPA memutuskan.

“Tak wajar tetapkan masa untuk YDPA memutuskan,” katanya pada sidang media khas sebentar tadi.

Bagaimanapun Anwar beranggapan pentadbiran PN pimpinan Muhyiddin Yassin “sudah jatuh.”

Menjelaskan lanjut, kerajaan baru yang bakal diterajuinya “masih tetap majoriti Muslim dan bumiputera.”

“Tapi saya ingin tegaskan bahawa jaminan tentang hak semua warganegara tetap terpelihara,” katanya lagi.

Biro politik Umno bermesyuarat malam ini

Umno akan mengadakan mesyuarat biro politik parti itu malam bagi membincangkan isu semasa termasuk situasi terkini politik negara.

Perkara itu disahkan oleh beberapa pemimpin tertinggi Umno.

“Ya, malam ini ada mesyuarat Biro Politik Umno, jam 8 malam.

“Dijangkakan akan turut membincangkan situasi politik negara ketika ini,” katanya kepada Malaysiakini.

Tuan Ibrahim Nafi 2 MP PAS Sokong Anwar

Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata parti itu sudah bersiap sedia dengan apa juga kemungkinan yang berlaku sekiranya berlaku peralihan kuasa.

Dia juga menafikan dua ahli parlimen parti itu menyokong Presiden PKR Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.