(Video) Presiden Erdogan bersama ribuan umat Islam tunai solat Jumaat di Hagia Sophia
Hari ini merupakan tarikh bersejarah selepas 86 tahun apabila muzium Hagia Sophia kini dibuka untuk ibadah.
Menurut BBC, orang ramai mula berkumpul di tapak bersejarah itu untuk solat Jumaat buat kali pertama selepas kerajaan Turki membenarkan penukaran bangunan itu kepada masjid.
“Penganut Islam teruja, semua ingin berada ke pembukaannya,” kata Gabenor Istanbul, Ali Yerlikaya semalam.
Bangunan berusia 1500 tahun itu telah dijadikan bangunan warisan UNESCO World Heritage sejak 1934.
Kira-kira 1,000 jemaah hadir dan melalui pemeriksaan keselamatan untuk menunaikan solat Jumaat di sana.
Presiden Turki tunai solat Jumaat di Hagia Sophia

RIBUAN umat Islam berkumpul di Hagia Sophia, Turki untuk menjalani solat Jumaat buat pertama kali setelah ia kini dibuka semula sebagai sebuah masjid.
Malah, ia turut dihadiri presiden negara itu, Recep Tayyip Erdogan.
Ibadah itu dijalankan selepas keputusan 10 Julai lalu untuk menarik semula status bangunan dari era Bizantin itu yang dijadikan sebagai muzium sejak 1935.
Pada Jumaat, Edrogan membacakan surah dari al-Quran sebelum azan dilaungkan dari empat menara Hagia Sophia.

Malah, karpet juga telah dibentangkan dalam bangunan itu untuk melengkapkan pengubahan muzium itu sebagai masjid.
Baru-baru ini, Turki mengumumkan masjid itu akan dibuka semula untuk semua anggota masyarakat.
Untuk rekod, Hagia Sophia juga pernah dijadikan sebagai gereja sebelum diubah sebagai masjid dan muzium.
