PM Masuk Parlimen Pakai Mafela P4lestin, Tekad Mahu Terus Perjuang H4k Bangsa Ditind4s
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini meluangkan masa melawat pameran #UniteforPalestine iaitu satu kempen bagi menzahirkan sokongan Malaysia terhadap Palestin anjuran Wisma Putra di bangunan Parlimen di sini.
Menerusi catatan yang dimuat naik menerusi Facebook rasminya Muhyiddin berkata beliau juga sempat bertemu pegawai-pegawai Wisma Putra dan Kedutaan Palestin di Malaysia yang bertugas di ruang pameran tersebut.
Peka nasib rakyat Palestin
Menurutnya, kempen yang turut disertai kedutaan itu amat baik dalam memberikan pendedahan kepada ahli Parlimen mengenai isu Palestin.
Malaysia konsistenbawa suara rakyat Palestin
Kempen juga memberi pendedahan mengenai peranan yang boleh dimainkan ahli Parlimen dalam membela nasib rakyat Palestin seperti menyumbang kepada Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin yang diselia oleh Wisma Putra, katanya.
“Pameran itu juga menerangkan tentang langkah-langkah yang telah diambil kerajaan di peringkat antarabangsa dalam memperjuangkan isu Palestin…”
Sebagai tanda sokongan, Muhyiddin turut mengenakan mafela yang tertera bendera Palestin semasa berada dalam persidangan Dewan Rakyat.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber : Bernama