Editor buku hina Jata Negara larikan diri ke luar negara
Editor buku Rebirth: Reformasi, Resistance, And Hope In New Malaysia yang gambar kulit bukunya didakwa menghina Jata Negara dikesan telah melarikan diri ke luar negara.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenay4h (JSJ) Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed berkata lelaki yang merupakan warga tempatan itu didapati telah ke luar negara sejak 21 Jan lalu, hasil semakan terhadap dokumen perjalanannya.
Dia dah keluar Malaysia
Huzir berkata pihaknya juga akan bekerjasama dengan pihak berkuasa Interpol dan akan mengeluarkan notis merah sekiranya suspek dikesan di mana-mana negara.
“Dia (editor) telah keluar Malaysia, namun kami tidak dapat memastikan keberadaan suspek serta lokasinya. Pihak JSJ telah menyenaraikannya sebagai Orang yang Dikehendaki dan akan ditangkap selepas dikesan…”

Siasat kenal pasti jika ada unsur anc4man
Katanya setakat ini polis telah merakam keterangan lapan daripada 28 penulis yang menyumbang artikel untuk buku itu, manakala bakinya sedang dikesan.
“JSJ juga akan meminta bantuan Cawangan Khas sekiranya artikel yang disumbangkan 28 penulis buku itu mempunyai unsur-unsur anc4man keselamatan dan sebagainya…”

Siasatan kes itu dilakukan mengikut Seksyen 5 Akta Lambang dan Nama 2016, Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 8(1) Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Guna logo mirip jata negara
Buku Rebirth: Reformasi, Resistance and Hope In New Malaysia yang disunting penulis, Kean Wong itu mempamerkan sebuah logo mirip Jata Negara mendapat perhatian kerana menggunakan gambar yang dikatakan menghina Jata Negara.

Perkara berkenaan menimbulkan pelbagai reaksi selepas ia tersebar dan tular di media sosial menyebabkan pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan serta parti politik membuat laporan polis dan menggesa tindakan tegas dikenakan terhadap pihak terbabit.
KDN haramkan buku didakwa hina Jata Negara

TERDAHULU, sebuah buku yang didakwa menghina dan mengubah suai Jata Negara yang diubahsuai, Rebirth: Reformasi, Resistance, and Hope in New Malaysia, sudah diharamkan Kementerian Dalam Negeri, berkuat kuasa semalam.
Menurut Warta Kerajaan bertajuk Perintah Mesin Cetak dan Penerbitan (Kawalan Hasil Penerbitan Tidak Diingini) 2020, ia membabitkan larangan secara mutlak terhadap buku berkenaan.
Perintah bertarikh 1 Julai 2020 itu dibuat Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, yang antara lain menamakan penyunting buku, Kean Wong dan penerbitnya, Strategic Information and Research Development Centre beralamat di Petaling Jaya.
Turut dinamakan dalam Warta Kerajaan itu, pencetak buku berkenaan, Vinlin Press Sdn Bhd, yang beralamat di Puchong.
Warta Kerajaan itu menyebut perintah itu dibuat melalui peruntukan mengikut subseksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 [Akta 301] yang membolehkan Menteri membuat perintah berkenaan.
“Pencetakan, pengimportan, penghasilan, penghasilan semula, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pekeliling, pengedaran atau pemilikan hasil penerbitan dalam jadual yang mungkin memudaratkan ketenteraman awam, keselamatan, menggemparkan fikiran orang ramai, berlawanan dengan mana-mana undang-undang dan memudaratkan kepentingan negara adalah dilarang secara mutlak di seluruh Malaysia,” katanya.
Polis kelmarin menyerbu pejabat sebuah syarikat penerbitan yang dikaitkan dengan penghinaan terhadap logo Jata Negara di Seksyen 11, Petaling Jaya, selain merampas 313 naskah yang masih tersimpan dan belum terjual.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenay4h (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, dilaporkan berkata, siasatan mendapati syarikat penerbitan itu mencetak sebanyak 1,000 naskhah untuk edaran dengan 687 sudah pun terjual melalui jualan dalam talian.
Beliau juga berkata, pihaknya sudah membuka empat kertas siasatan mengikut Seksyen 5 Akta Lambang dan Nama 2016, Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 8(1) Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Sumber : Bernama, OMM
